31 May 2011

Nora Elena (slot Akasia TV3)

Novel Diadaptasi ke sebuah drama "NORA ELENA"
Diadaptasi longgar dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci (penulis : Meen Zulaikha) yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu...
Lakonan hebat Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam di TV3 =]
Salah sebuah Romantik yang Mimiey suke inilah die.....
tersangat la jln cerita yang best...
novelnya sahaja pun membuat kita terbuai2 diawangan....
apatah lagi dramanya kan...
harap pengakhiran cerita yang baek...
tak macam cerita yang endingnya tergantung.....

ANTARA PLOT DRAMA INI:-

Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.

Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?
Kita tgu dan lihat ok...

antara aksi2 dalam drama ini

Starring
Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen
Watak Utama


Turut menjayakan drama ini

oohh ! nora & seth , romantik sgt ohh !! suke sgt2 . xboley miss ini drama

30 May 2011

Bersantaian Di Hujung minggu

wah...wah...wahh..
ahad lepas Mimiey ngn kengkawan p oliday last minute punye plan..
huuhu
rase boring ape lagi just pergi terjun sungai sudah...hahaa
ilang segala tension...
kali ni Mimiey n fwen just mandi kat Pulau Chekas aje....
bukan ape selalu geng2 kami trun kat Lata Jarumm..
tapi tidak kali ni...
ape yang Mimiey nak cakap Lata Jarum its the best place better than Pulau Chekas....
sebab PC terlalu banyak batu so,
aktiviti kuak lentang tak dapat di lakukan..hahakk... ;-)

Tinjau tinjau penempatan dahulu ngn Suraida Othman tapi kami sume panggil kak tam ajer....

Abis Mimiey ngn Rozalina Azlin kene buli ngn Suraida Othman & Shuhada Abdullah sbb kene angkut barang2....

Add caption
Add caption

the MODEL pokok of the months....
maen2 tepuk tepuk air terlebih dahulu....

Mimiey like JUMP2 nie...berape kali entah aksi nie...hehee
nie baru jew pas berkuak lentang...


get ready tuk pulang...sory Rozalina Azlin sebab Mimiey dera awak utuk drive...huhu
 Alhamdulillah Kami semua selamat sampai kerumah masing2 walupun kami pergi hanya tempat terdekat
huhuh..

thanks sume sebab hang out tuk kali nie......padan muke kat kawan kami sorang tu kene tinggal..hakhakkk



25 May 2011

Cara Penjagaan KUKU


Wajah, rambut dan kulit sering menjadi perhatian individu tatkala bercakap soal kecantikan. Namun, bagaimana pula dengan kuku?

Ramai mengaku yang mereka tidak mengambil berat terhadap bahagian ini kerana menganggap ia tidak penting. Sebenarnya, kuku juga memainkan peranan penting dalam soal penampilan. Jangan lupa setiap kali berbicara, tangan kita turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat.


Menjaga kuku sebenarnya tidak sukar. Hanya potong dan bersihkan, itu sudah mencukupi. Ingat! Andai ia berpenyakit pasti sukar merawatnya. Penyakit cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan.


Rutin Penjagaan Kuku

1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.

2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.

3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.

4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.

5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

Strawbery VS Roses

# hahaha kenape Strawbery VS Roses??? sebab Mimiey pun x tau kenape 2 mende ni most special sgt bg Mimiey....Hurmm maybe sebab dgn warnanya kot..hehe...MERAH menyalakan...One more thing MERAH its my pebret.... :-)

# Strawbery...buah yg Mimiey suka makan tatkala kalau pergi je Cameron Highlands mende ni lah yg akan Mimiey borong.......Strawbery kering pun sedap...sebab mempunyai rase tersendiri...Pasti buah ini menjadi buah tangan Mimiey apabila pulang kerumah......begitu juga dengan munge roses istilah WAJIB dapat digunakan tatkala berjalan2 ke Cameron Highland ini....Apa lg,anda dh cuba?

if Mimiey akan kahwen in one day, Mimiey mahukan ini sebagai hantaran...heheeh.... <gatai>
kalau nmpak strawbery ni...confirm Mimiey akan beli punye... yummy!!!


Pasal bunga roses pulak,engkaulah bunga idamanku tatkala Mimiey mahu disandingkan...ewahh.... Tp itu hanya impian kan...x salah kalau Mimiey mahu berangan,tp jgn terlebey suda....hehee

setiap kelopak bunganya ada makna yang tersendiri....
MAKSUD BUNGA ROSES MENGIKUT WARNA
  • ROSE MERAH = sehangat cinta membara
  • ROSE PUTIH = keikhlasan dari hati
  • ROSE KUNING = persahabatan
  • ROSE PINK =  kesucian

Tapi bagi Mimiey la ROSES MERAH adalah yang terbaek dan dpt memberikan banyak erti.
antara soalan yang kengkawan sering tanya kat Mimiey pasal BUNGA ini adalah:-
  1. Siapa yg pernah dpt BUNGA dr ko? = Org terpenting dlm hidup aku lah...
  2. Siape org terpenting yg pernah dpt BUNGA dr ko? = Mama,Papa & also my x HERO
  3. Pernah bagi dekat LELAKI tak? = Yup..pernah iaitu my x HERO..dia org pertama dpt n mungkin org terakhir yg dpt Mimiey bgi....dan ini satu Surprise sebab Mimiey NEVER give BUNGA kat mana2 LELAKI punn...
  4. Untuk ape ko bagi? = Tanda Mimiey mintak maaf,bezday,Hari Ibu & Bapa dan untuk menggembirakan seseorang yg bagi Mimiey dia adalah org yang TERPENTING.......
 P/S korang semua fikirlah sendiri apa yang diertikan oleh setiap warna bunga roses itu...


20 May 2011

fast n furious 5

WAYANG punya pasal janji layan......
aritu Mimiey baru jew habis exam kat Shah Alam...adelah wat PERJANJIAN
dengan kazen2 Mimiey yg laen....last minute time Mimiey sampai KLCC dwang CANCEL...
Tuhan saje yg tau time tu.....rase GERAM pun ade gak kan...
tp dgn selamatnye naseb baek Mimiey bawa Kazen yang Mimiey anggap like my sister..
al maklumlah Mimiey kan tarak adek pompuan neyh...huuhu....

Her name FUZA.... so sweet kan...baru jew darjah 6 tau...

Wow time buy tiket wayang punya la panjang nak berbaris...maklumlah hujung mggu kan
Time tu Mimiey nmpak Kazen Mimieysorang ni...
yela tetibe tak jadi nak jumpe coz kene OT la katakan...
mane taknye kawan sekerja x datang...nk wat cam mane naseb badan la katakan..huhu
time ni lah Mimiey & Fuza bagi orang barisan belakang pergi dulu...
al-maklumlah dekat kaunter Yaya ade customer time tu...so beri laluluan org belakang dulu la kan..hehe
yela semata2 nk jumpa kan..dan borak sikit pun jadilah...

inilah kazen Mimiey..Yaya namenye...
Yaya wat part time dekat TGV-Cinemas kat KLCC..
yela dak tgh tgu panggilan DEGREE so dari x wat pape baik keje kan...
dpt jugak DUET....perbelanjaan penting tu..hikhikk ...:-)

Lepas jew jumpe...kami bercakap tak henggat..heheeh..
maaf BOS sebab nganggu pekerja U!!...huhu










so,tiket dah dpt Mimiey pun roger la...jeng jeng jeng...
Opppssttt MiMIEY lupe yang Fuza baru darjah 6!!!Alamak!!!
tapi Fuza nk tgk jugak..biarkan jew la.a....lagi pun Fuza tak nmpak budak2....
Fuza nmpak mcm akak die dah...hahaa...
mane taknye badan besar juz like me...auummm....

Punya excited nk tgk..tp jalan cerita ni tak berape nk best bagi Mimiey..
nak tau kenape??
sebb munglin tak seperti yang Mimiey harapkan kot...
yela Mimiey ingat ade aksi drift....
tp x pela janji Mimiey x lepas nak tgk cerita Pebret Mimiey ni...
yela mana taknye dari No 1 lagi tu Mimiey tak pernah MISS...huahuaa...


sinopsis:::
Kalau kita imbas kembali ending cerita fast furious 4, Dom dibawak dalam bas untuk di penjarakan, Brian dan Mia Toretto cuba melepaskan Dom dari tahanan. Cerita kali ini menyambung kisah Brian (Paul Walker) dan Mia Toretto (Jordana Brewster) yang berjaya melepaskan Dom (Vin Diesel) dari tahanan penjara. Mereka telah lalui pelbagai rintangan dari pihak berkuasa demi melepaskan Dom dari tahanan penjara. Kini mereka kembali ke Rio de Janeiro untuk menyelesaikan satu tugas akhir demi mencari kebebasan. Jadi mereka ni sepasukan mengumpul top-top racer untuk menghadapi seorang businessman hampeh yang hanya mahukan mereka mati. Tapi bukan Bisnesman tu je yang inginkan mereka, tapi faderal agent Luke Hobbs (Dwayne Johnson) juga mengekori mereka atas sebab jenayah yang mereka lakukan la. Luke Hobbs dikendaki mengesan Dom dan Brian. Faderal agent Luke Hobbs dan pasukan yang dia da arrange merancang strategi menyerang mereka ni habis-habisan sampai dapat mereka berdua nih. Tapi pasukan Hobbs terkandas di Brazil dan Hobbs sedar yang dunia ni tak bole pisahkan orang jahat dengan orang baik. Faderal Agent Hobbs terpaksa hunt Dom dan Brian sendirian mengikut nalurinye..

korang semua tgok la dekat pawagam baru puas ati.....

18 May 2011