19 July 2011

Ketahui Size Filter Anda

Kali ini Mimiey nak share ngn korang semua SIZE FILTER anda...kepada mereka2 yang tahu sila berikan pendapat....pendapat anda juga dapat meningkatkan skill pengetahuan Mimiey jugak....

Ni kepada mereka2 yang mahu bejinak-jinak dalam bidang fotografi macam Mimiey jugalaaa....

ok lets reading okeyyhh....

Size filter penting sebab banyak aksesori yang nak kita pakai pada lens perlukan size ini.Contohnya lens hood,wide angle converter lens,cpl filter,uv filter dan lain-lain.

Sometime saya juga dapat soalan dari customer yang nak order wide angle lens dengan photomaniac store tapi kurang pasti dengan saiz.Jika pakai kitlens insyaAllah saya boleh hafal.Ramai yang masih keliru dan menganggap jika pakai 18-55mm lens saiz filter adalah 55mm.Salah tu.Konsepnya macam ni:

  1. Canon 18-55mm lens : 58mm
  2. Nikon 18-55mm lens  : 52mm
  3. Sony 18-55mm lens: 55mm
  4. Olympus 18-55mm lens: 58mm
  5. Canon 18-135mm lens dan Nikon 18-105mm lens: 67mm
Size-size itu adalah size filter atau bahasa standard dia Rear Mount Diameter.Selain dari menghafal,ada cara lain yang lebih mudah iaitu tengok pada lens cap atau cover lens anda.Belah dalam lens cap tersebut ada tertulis berapakah saiznya.Saya attach gambar contoh lens cap yang ada saiz sekali.


Kalau yang ini 58mm

Selamat mencuba!

No comments: