01 August 2011

Ketibaan Ramadhan Yang Dinantikan..

Assalamualaikum wbt..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
mcm tak percaya kan
setahun telahpun berlalu
ternyata begitu pantas masa berlalu
sampaikan Mimiey tak sedar dan tak percaya
yang skang nie, iaitu pada hari ini
Mimiey telah pun berpuasa
bukan puasa sunat ataupun puasa ganti
tapi puasa di Bulan Ramadhan..!!
Alhamdulillah…
nampaknya Allah swt bagi lagi Mimiey peluang
untuk merasakan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan
di samping untuk perbaiki diri Mimiey di bulan mulia ini

Sabda Rasullullah saw yang bermaksud :

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
” Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup,
dan syaitan pun dibelenggu.. “

Apabila syaitan dibelenggu
tapi hati kita
mulut kita
mata kita
tangan kita
akal kita
kaki kita
telinga kita
pendek kata semua anggota kitalah
masih lagi melakukan perkara yang sia2,
itu bukan lagi hasutan daripada syaitan
tapi dari DIRI KITA sendiri
Oleh itu, marilah kita semua sama-sama memperbaiki diri dan
meningkatkan lagi amalan kita di bulan yang mulia ini
wallahua’lam
Setiap kata-kata yang terlahir dari hati ini
setiap ungkapan-ungkapan yang terucap
setiap gurau senda yang tercipta
setiap n3-n3 yang terpost
setiap komen-komen yang terbalas
andai ada yang mengguris jiwa
menusuk kalbu
melunyaikan hati
ampun & maaf aku pinta
dari hujung tudung hingga ke hujung heels
Salam Ramadhan 1431H
Untuk Semua Muslimin & Musli





No comments: