09 February 2012

Dari Kekasih Kepada Kekasih







Tolong beritahu si dia aku ada
pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta
agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta
manusia bakal membuatnya
alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia
menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan
mengingatiku lebih dari dia
mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia
mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ
ada syurga…

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di
telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku
terpikat kerana imannya bukan
rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku
kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia
tenggelam dalam angan-
angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu
mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik
Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih
milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada
keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap
cinta di kala cita belum
terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri
ini enggan dirapati kerana
menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak
menjadi penyebab bertambah
rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku
tidak mahu menjadi fitnah besar
kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku
tidak mahu menjadi punca
kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku
membiarkan Yang Maha Esa
menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku mahu dia berjaya dalam
impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia,
aku sentiasa mendoakan
kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia,
aku mendambakan cinta suci
yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai
harganya…

Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia
menjaga hubungan dengan Yang
Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia
kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri…

*dari kekasih kepada kekasih




No comments: