26 July 2012

Sahabat Baik VS Sahabat Tidak Baik


Salam. 
Malam ini saya terasa hendak menulis sesuatu... 
jadi, tajuk pada malam ini ialah “bila bersahabat”. 
Chewah, cam ceramah pula.
 Ok lah, siapa pernah ada sahabat angkat tangan. 
Baik, sekarang boleh turun tangan... hehe... 
Saya pasti semua orang pernah mendengar perkataan istimewa ini. 
Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang faham 
makna sebenar sebuah ikatan persahabatan?? 
Sudahkah anda nilai diri anda sendiri, 
pernahkah anda cuba menjadi seorang sahabat yang baik??  
Seorang sahabat perlulah memahami, menjadi pendengar yang baik, sedia membetulkan kesalahan kita, menerima kekurangan kita dan selalu membuatkan kita berasa lapang. 
Lapang macam mana tu yer?? 
 Maksudnya kita berasa selamat dan bersama orang yang kita percayai untuk meluahkan perasaan dan juga menceritakan perkara peribadi, yang mungkin menjadi bahan ejekan jika didengar oleh orang lain. 
Hmm, adakah susah untuk mendapat semua ciri2 yang saya nyatakan tadi?? 
Sesebuah persahabatan itu perlulah disiram agar tidak musnah. 
Elakkan perasaan mementingkan diri, dan khianat. 
Belajarlah untuk menjaga perasaan orang lain. 
Samada dalam tutur kata ataupun perlakuan. 
Dan janganlah malu untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan. 
Ingatlah, teman ketika ketawa mudah di cari, tetapi teman berduka sukar ditemui. 
Oleh itu, bila anda sudah bersahabat, 
jagalah persahabatan tersebut sebaik mungkin...

No comments: